Suatu hari seorang pemuda datang untuk temuduga jawatan warden penjara.
Pegawai : Awak ada pengalaman ke?
Pemuda : Tak ada.
Pegawai : Awak mesti rasa dahsyat kalau dapat kerja ini kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas2 semuanya. Boleh ke awak Handle?
Pemuda : Ooohh.. tak ada masalah tuan. Kalau dia orang menyusahkan saya, saya
keluakan mereka dari jel!!
Sabtu, 29 Ogos 2009
Santai Lawak ; Confirm tak dapat!
Rabu, 12 Ogos 2009
Hubungan kasih sayang seseorang individu mengikut bulan kelahiran
January
-Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
-Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
-Sukar setia pada yang satu.
-Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
-Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
-Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
-Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekira pasangannya cemburu terhadapnya.
-Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
-Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkandalam bulan 3, 6,8,11.
-Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.
February
-Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
-Amat hormat kepada pasangan.
-Amat suka memikat pasangan.
-Jujur dan ber! terus terang dalam perhubungan.
-Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
-Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
-Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
-Kurang beremosi terhadap pasangannya.
-Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
-Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12
March
-Mudah menawan hati pasangannya.
-Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
-Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
-Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
-Persaan cemburu yang minima.
-Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
-Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
-Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
-Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
-Berprasangka terhadap pasangan.
-Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
-Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.
April
-Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
-Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
-Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
-Sentiasa ingin diberi perhatian.
-Amat cemburu dalam perhubungan.
-Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
-Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
-Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
-Romantik dan terlalu romantik
-Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
-Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
-Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta' seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
-Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
-Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.(Patutle Org Hindustan giler babi jiwang).
May
-Amat mudah jatuh cinta.
-Baik dan jujur dalam perhubungan.
-Pandai menarik hati pasangan.
-Perasaan cinta yang mendalam.
-Mudah untuk dipujuk.
-Kurang suka untuk sentiasa bersama.
-Mudah menerima cinta seseorang.
-Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
-Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
-Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
-Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
-Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
-Ambil berat dalam menjaga hubungan.
-Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11.
June
-Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
-Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
-Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
-Cerewet dalam hubungan.
-Selalu beremosi.
-Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
-Cepat rasa bosan dalam percintaan.
-Kurang yakin dalam perhubungan.
-Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
-Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
-Dahagakan pujian dari! pasangan.
-Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.
July
-Amat suka didampingi pasangan.
-Sukar dimengerti oleh pasangan.
-Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
-Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
-Amat menghargai kesetiaan pasangan.
-Mengambil berat dan mengasihi pasangan
-Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
-Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
-Suka merajuk dan dipujuk.
-Setia terhadap pasangan.
-Suka mendengar dan tidak suka membantah.
-Cemburu terhadap pasangan.
-Suka menilai dan menjaga perhubungan.
-Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7
August
-Tidak serius dalam perhubungan
-Mengambil mudah dalam perhubungan
-Kesetiaan di ragui.
-Pandai memujuk pasangan
-Suka memimpin pasangan.
-Romantik, Pengasih dan Penyayang.
-Kelam kabut dalam perhubungan.
-Sering bertukar pasangan
-Sukar mencari pilihan yang tepat
-Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
-Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
-Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
-Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.
September
-Bersopan dalam hubungan
-bertolak ansur terhadap pasangan
-Suka mengkritik pasangan
-Sangat prihatin terhadap pasangan
-Sangat sensitif dan emosi
-Pandai memahami pasangan
-Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
-Amat memilih pasangan
-Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
-Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
-Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11
October
-Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
-Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
-Sopan terhadap pasangan.
-Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
-Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
-Sukar menerima pandangan pasangan.
-Emosi yang mudah terusik.
-Pengasih, Penyayang terhadap pasangan
-Cemburu dan terlalu cemburu.
-Romantik
-Memahami pasangan.
-Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.
-Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.
November
-Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
-Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
-Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
-Degil dan engkar dengan pasangan.
-Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
-Mudah ambil berat terhadap pasangan.
-Tidak menghargai perhubungan.
-sambil lewa dalam perhubungan.
-Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
-Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
-Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
-Kurang bersama dengan pasangan.
-Pasangan Ideal: 4, 7
December
-Pemurah terhadap perhubungan
-Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
-Tergesa-gesa dalam perhubungan
-Suka didampingi oleh pasangan.
-Benci dikongkong.
-Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
-Suka mempengaruhi pasangan
-Curang dalam percintaan.
-Kurang berkerjasama dengan pasangan.
-Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
-Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
-Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.
Santai lawak - Short story
Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.
Cerita 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."
Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.
Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...
Santai lawak - Pak Pandir
Lawak Pak Pandir
Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......
_____________________________________
Lawak Pak Pandir
Pak Pandir pergi ke kedai. Dia ternampak benda berkilat...
Dia pun bertanya kepada penjual...
Pak Pandir : Apa benda yang berkilat tu
Penjual : Oh! Itu tarmos
Pak Pandir : Apa kegunaannya? ?
Penjual : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk
Pak Pandir : Baiklah, saya beli satu....
Keesokkan harinya, Pak Pandir pun pergi ke kerja dengan tarmosnya...
Pengurus : Apa benda tu Pak Pandir?
Pak Pandir : Oh ini tarmos saya. Baru saya beli semalam...
Pengurus : Benda tu untuk apa?
Pak Pandir : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk.
Pengurus : Oh.... jadi apa di dalamnya?
Pak Pandir : Saya tuangkan 2 cawan kopi dan 1 cawan air bandung di dalamnya.
Cara menentukan arah Kiblat Islam
Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari dan bintang selain dari menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu kita pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berada dalam situasi yang terdesak seperti di tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat ?
Kaedah (1)
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.
Kaedah (2)
Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.
Kaedah (3)
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.
Kaedah (4)
Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku 2 kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari. Sekali apabila matahari bergerak ke titik utara iaitu pada 28 Mei.
Orang dulu berkata..
Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat.Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.
bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita
biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri -baik budi
alis kanan suka - menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka
pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin
pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
ubun-ubun - kurang jujur
pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup
dada kanan - dapat mengatasi masalah
dada kiri - berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas- baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana
Jd pakat2lah tilik korg punye tahi lalat ye!!!!!
Cara makan dan tingkah-laku
Bagaimana Cara Makan, Begitulah Cintanya.
"Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya."
Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu.Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia.
Apa kata kita selidik.
Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.
Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya!
Cewah! Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!
Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga- jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!
Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak! Makan sambil kerap tengok jam Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.
Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu. Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!
Santai lawak - biri-biri putih dan hitam
Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje…
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa…yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah…sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.Pemuda : Ooo, gitu ke…abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama….
Santai lawak - Pelancong dan orang kampung..
Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”
Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, mel! intaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..
“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”
“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…
“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti anda seorang sarjana ya! ?” tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”
.jpg)