Jumaat, 10 Julai 2009

Ideologi : Komunis dan sosialist - Part l

Pada zaman sekarang yang serba bertuankan wang , fahaman2 materialisme amat mudah mempengaruhi manusia. Ini adalah kesan pemikiran serta nilai2 barat yang begitu taksub dengan kebendaan sebagai asas hidup.Nilai yang berasaskan kerohanian, ketenangan jiwa dan kepercayaan yang lebih tinggi dari nafsu tiada tempat dalam kehidupan dan hati barat. Dikalangan umat Islam khususnya Melayu di negara ini nilai materialisme Barat ini telah berkembang dan menjadi begitu kuat sehingga mengukur penghargaan terhadap kerohanian dengan imbuhan material. Maka tidak hairanlah metarialisme begitu kuat pengaruhnya sehingga menguasai gerak dan tindak-tanduk masyarakat kini. Masyarakat metarialisme memandang kepada pemilihan harta kekayaan sebagai asa suka-duka manusia. Ini bermaksud lebih banyak harta yang dimiliki maka kegembiraanlah untuknya dan kehinaan serta kedukaan adalah untuk mereka yang kurang punca kekayaan. Itulah kononnya ideologi mereka.

Maka dengan fahaman dan nilai tersebut maka lahirlah cogan kata yang dilaung2kan untuk mengubah dan mempengaruhi fikiran dan emosi masyarakat. Cogankata yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita " yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin" digubal dan dilaung2kan oleh sosialis di Barat. Termasuklah masyarakat di negara ini juga telah terperangkap terutamanya orang Melayu Islam. Seperti yang kita maklum bahawa ideologi komunis secara terang2ngan menolak ajaran apa2 pun agama dalam menegakkan ape yang mereka perjuangkan . Kekayaan dan kemiskinan menguasai fikiran dan jiwa sepenuhnya dan agama yang memberi kita ketenangan ditoloak sepenuhnya oleh mereka kerana menganggap agama adalah seperti candu sahaja.Maksudnya disini, dengan adanya agamalah masyarakat dapat menerima jurang antara yang kaya dan yang miskin. Agama ada nilai yang begitu tinggi dari metarialism yang boleh memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada manusia. Bagi komunis ketenangan dari kesan beragama itulah yang digambarkan seperti ketenangan dari candu. Mereka benci dengan keaadaan sebegini kerana ianya boleh menjejaskan persengketaan dan perebutan kuasa dan penindasan yang menjadi asas perjuangan mereka.

Tetapi, apa yang kita ketahui prinsip2 komunis ini sukar diterima di Malaysia kerana secara terang2ngan menolak agama sebagai pegangan hidup dalam masyarakat. Ianya amat sukar berkembang di sini kerana kita masih berpegang kuat dengan kepercayaan agama untuk setiap kaum dan menolak terus komunisme sebagai ideologi atau sistem politik.. Berlainan pula dengan sosialisme. Ia tidak secara langsung menentang agama dan adakalanya seolah2 secocok dengan agama termasuklah Islam. Persaudaraan sesama manusia sebenarnya bukan sahaja tidak bertentangan tetapi adalah sebahagian dari asa yang dituntut Islam sendiri. Tetapi setelah diselidik secara terperinci maka fahamlah kita bahawa sosialis hanya menitik-beratkan kebendaan sebagai asas persaudaraan dan bukannya kerohanian. Ia amat berbeza sama sekali dengan asas persaudaraan dan persamaan dalam Islam.

Oleh kerana prsamaan tersebut menjadi tumpuan mereka, maka setiap masa mereka mengukur dan membandingkan pemilikan harta kekayaan yang ada pada seseorang ahli masyarakat. Maka setiap kali mereka membandingkannya, terjumpalah kepincangan dan perbezaan yang mesti wujud dalam apa jua masyarakat. Oleh sebab ini maka golongan sosialis tidak pernah sunyi dari perebutan dan rampasan kuasa sepanjang masa..

Dengan itu maka terjadilah satu konsep ataupun sistem yang digelar ' pemilikan negara'. Secara ringkasnya, dengan wujudnya pemilikan negara ia bermaksud setiap hasil perdagangan dan perindustrian adalah hak negara dimana setiap rakyat perlu dibahagikan dgn sama rata hasil2 keuntungan tersebut tanpa mengira tinggi atau rendah sesuatu pangkat seseorang itu. Tetapi hakikatnya itu hanyalah khayalan semata2. Ini kerana yang pertamanya jika negara @ kerajaan mendapat untung dari satu perusahaan, ianya tidak boleh diberikan pada hanya perusahaan yang untung sahaja. Ini bermakna perusahaan yang mengalami kerugian juga berhak mendapat hasil dan keuntungan dari yang untung tadi.. Namun apabila ianya terjadi maka timbullah ketidak puas hatian dari pihak yang 1 lagi dimana ianya tidak adil bagi mereka yang berusaha untuk mendapat keuntungan tetapi diberi sama rata pada yang rugi. Mereka mahu keuntungan ini untuk mereka sendiri dan bukan untuk perusahaan yang rugi atau rakyat yang lain.

Sebaliknya pekerja dalam perusahaan yang rugi menuntut supaya negara sebagai majikan menampung kerugian itu dari punca yang lain. Jika semua perusahaan sudah dimilik negarakan maka tiadal cukai pendapatan syarikat yang ia adalah nilai yang perlu dibayar oleh syarikat2 swasta. Untuk menampung kerugian , kerajaan tentulah bergantung pada perusahaan yang untung tadi yang mana pekerjanya tidak suka keuntungan diberi kepada orang lain. Semua pekerja mahukan pendapatan yang sama ataupun hampir sama, malangnya tugas dan tanggung jawab pekerja pula tidak sama dan tidak boleh disamakn. Sementara golongan rendah mahu menghapuskan jurang perbezaan antara mereka dengan yang berpendapatan tinggi, golongan atasan pula mahu nilai ekonomi diberi kepada tugas. Jika pendapatan disamakan maka hilanglah minat bekerja dari golongan atasan. Sebaliknya selagi persamaan pendapatan tidak tercapai , golongan bergaji rendah akan kecewa dan mengancam kestabilan negara pula.

Selain dari masalah pendapatan rakyat, pentadbiran negara pula menghadapi masalah untuk menguruskan pembagunan dan infrastruktur negara seperti kemudahan jalan raya, elektrik , perhubungan dan bekalan air serta hasil pengeluaran makanan. Untuk semua itu sepatutnya digunakan dari sumber pendapatan yang mendatangkan keuntungan tadi. Tetapi pada hakikatnya ia tidak berlaku akibat kepincangan dalam masyarakat itu sendiri. Maka terjadilah satu fenomena dimana Kebanyakan negara2 sosialis seperti Britain mengenakan cukai yang begitu tinggi terhadap pendapatan rakyat mereka. Walaupun zahirnya pendapatan mereka tinggi tetapi hakikatnya mereka miskin setelah real income mereka adalah rendah dan ini mengakibatkan perbelanjaan tidak mencukupi. Di beberapa negara sosialis , pendapatan pekerja setelah ditolak cukai adalah jauh lebih renda dari golongan yang tidak bekerja yang diberikan elaun pengangguran ( dole ) oleh kerajaan.Dengan ini ramai yang mengambil langkah dengan tidak bekerja dan ini akan memjejaskan pembagunan ekonomi negara tersebut.

Mengikut masyarakat metarialisme, pendapatan yang lebih bermakna boleh bersuka-ria dan pendapatan yang kurang bermakna kedukaan dan kesengsaraan.Dengan erti kata lain , masyarakat mereka mengukur kebahagiaan dan kedukaan dengan kebendaan dan harta yang dimiliki mereka. Oleh sebab itu pemimpin sosialis tidak boleh melihat rakyat yang yang kurang pendapatan bersuka-ria. Tiap kali mereka bergembira maka pemimpin2 mereka akan membandingkan dan mengukur pendapatan mereka dengan orang yang berpendapatan lebih. Oleh yang demikian maka pemimpin2 mereka akan segera menaikkan lagi cukai terhadap golongan rendah agar mereka sentiasa berada diparas yang sepatutnya mereka berada sesuai dengan status dan golongan mereka yang berpendapatan rendah.

Bagaimanpun ini tidak berlaku di negara yang tidak mengamalkan sistem sosialis termasuklah Malaysia. Sebenarnya kejadiaan yang mana miskin lebih miskin secara absolute dalam sebuah negara yang membangun seperti Malaysia tidak mudah berlaku.Dengan lebih tepat lagi pendapatan seorang seorang yang miskin tidak mudah menjadi lebih kurang dari dulu melainkan mereka berhenti bekerja dan menganggur. Yang menjadi masalah meeka ialah keinginan dan keperluan lebih cepat bertambah dari pendapatanya. Jika di bandingkan pendapatan yang dahulu dengan yang sekarang mereka telah kaya.. sama seperti jika dibandingkan kehendak hati dan keupayaan pendapatan mereka adalah miskin.

- Penjelasan yang lebih terperinci akan menyusul pada bahagian ll artikel ini. Diharap artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak input dan bahan untuk yang berminat merumuskan atau mengupas dengan lebih mendalam dan tepat untuk kebaikan bersama.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tulisan sebesar kuman, chucah atok nak bachee, nak pitam atok bachee chebab kechik canggat...maaf atok tahkdhee gigee, phelat cikit