Selasa, 14 Julai 2009

Reality sebuah lawak

Seorang anak gadis yang bernama Maimun ( bukan nama sebenar ) telah pun baru menamatkan pelajaranya akhirnya mendapat pekerjaan di satu syarikat milik bumiputra. Dengan izin Allah maka bertemulah dia dengan pasangan hidup yang secara kebutulan bekerja sama tempat dengan dia. Walaupun Azmi ( bukan nama sebenar ) adalah sekampung denganya. namun tidak pernah terlintas di hati anak gadis itu untuk menaruh hati dengan Azmi. Mungkin tempat kerja telah merapatkan mereka dengan lebih dekat lagi dan akhirnya timbul perasaan cinta di hati masing2. Setelah 2 tahun perkenalan mereka dan wang untuk berkhawin telah cukup, maka mereka bercadang memberitahu kepada keluarga masing2 tentang niat mereka itu.. Oleh itu , pada suatu malam bertanyalah anak gadis itu kepada si bapa..

Maimun : Ayah, saya ada sesutu pekara ingin berbincang dengan ayah.

Ayah : Apa dia Mun? Macam penting sangat je ayah tengok dari riak muka ko ni..

Maimun : Ayah , saya rasa saya telah bertemu dengan pasangan hidup saya dan merancang untuk berkhawin
secepat mungkin.. sekiranya ayah bersetuju bolehlah keluarga sebelah lelaki datang meminang. Lagi
pun ayah pun kenal orangnya..

Ayah : Hah? sudahlah aku terperanjat yang ko rupanya da bercintan-cintun... kenal pulak tu.. siapa gerangan
yang hendak datang meminang tu Mun?

Maimun : Ala.. Azmi la ayah.. anak Mak Gayah yang dok ujung kampung kita ni..

Ayah : Azmi? Azmi yang mana ye? ermmmm... oooo yang dulu penah kecoh dia selamatkan budak lemas
mandi sungai tu ke?

Maimun : Haaaa.. kenal pun ayah..

Ayah : X boleh!!! aku mati hidup balik pun aku x kan izinkan..

Maimun : Kenapa ayah!!!? ayah x berhak mengawal kehendak dan naluri saya ayah!!!

Ayah : Sudah!! ko lupakan saje niat ko tu.. x ada gunanya ko merayu kat aku.. aku haramkan ko khawin
dengan dia. Kalau ko nak khawin sangat2 ko cari je jantan lain asalkan jgn ko senut2 lagi nama budak tu!

Maimun : Sampai hati ayah kata macam tu.. cinta datang dari hati ayah.. bukan macam beli ikan dipasar!!

Ayah : Maimun.. ayah bukan nak sekat kemahuan engkau.. tapi Azmi tu memang tak boleh disatukan dgn ko..

Maimun : Kenapa ayah? hina sangatkah dia? 2 tahun kami mengumpul duit demi niat suci kami ni.. sampai
masanya ayah hancurkan impian saya..

Ayah : Maimun.. ko da cakap ke dengan mak ko?

Maimun : ayah kan wali saya.. tuntulah ayah dulu saya nak sampaikan..

Ayah ; Bagus2.. ko jgn bagi tahu mak ko tentang hajat ko ni..

Maimun : kenapa ayah ?

Ayah : Ko mesti janji.. selepas apa yang ayah bagi tahu ni, ko lupakan Azmi dan simpan betul2 rahsia ni..
Mak ko pun x kan tahu melainkan ko..

Maimun : Apa dia ayah? bagi tahu saya kenapa ayah betul2 melarang saya berkhawin dgn Azmi..

Ayah : Mun.. Azmi tu abg tiri ko!! ayah pernah ada hubungan dengan Mak Gayah pada masa muda. Masa tu
Kami bercinta walaupun ayah tahu dia sudah berlaki..

Maimun : Apa ayah!!!!!

Maimun seakan tidak dapat menerima pengakian ayahnya. Dia mengambil keputusan untuk memberi tahu tentang hajat dia dan rahsia yang tak pernah termimpi olehnya.. pada malamnya semasa ayah dia keluar ke kedai kopi Maimun pun mengambil kesempatan untuk memberitahu hal yang sebenar kpd ibunya..

Maimun : Mak....

Emak : Apahal dengan ko ni Maimun? mengkak2 mata ko ni.. ko nangis ke?

Maimun : Mak.. Mun sedih sgt2 dengan apa yang terjadi pada diri Mun dan keluarga kita..

Emak : Apa dia nak?

Maimun : Saya beritahu ayah tentang hajat saya untuk berumah tagga... tapi ayah melarang..

Emak : Kenapa pulak dengan ayah ko tu? Yang ko ni angin x de, ribut x de tetiba je cerita pasal khawin ni ko
dah ada pilihan ke?

Maimun : Ye mak.. saya dah ada pilihan saya sendiri... Azmi anak Mak Gayah yang dok ujung kampung kita ni..

Emak : Lah.. sekampung rupanya jodoh ko Mun.. Mak tengok budak tu baik orangnya.. kenapa ayah ko
melarang pulak.. ni yang mak geram sgt2 kat ayah ko ni.. saja je cari hal..

Maimun : Mak.... sekiranya betul apa yang ayah cakap tu.. sampai ke kiamat pun saya memang x boleh khawin
dengan Azmi mak..

Emak : Eh.. kenapa pulak????

Maimun : Mak mesti x percaya kalau saya ckp..

Emak : Apa die? klu ko x ckp mana la mak nak percaya..

Maimun : Mak.. rupanya selama ni ayah curang di belakang mak..

Emak : Apa yang ko merepek ni Mun?

Maimun : Mak.. Azmi tu abg tiri Mun sendiri mak!!!!!

Emak : Hah? betul ker.. setahu mak ko masih boleh khawin dengan dia walaupun itu anak ayah ko dgn mak
Gayah..

Maimun : Ape mak ? mak jgn la bergurau... hukum mana yang mak pakai ni??

Emak : Mun.. emak ada satu rahsia yang sudah lama mak pendamkan..

Maimun : apa dia mak?

Emak : Mun.. ko khawin lah degan pilihan ko.. mak x kisah..

Maimun : mak..... kan saya dah ckp tadi.. mak x faham ke?

Emak : Bukan mak x faham... tapi......

Maimun : tapi apa mak? jgnlah buat saya jadi gila mak..bagitaulah apa yg cuba mak sembunyikan..

Emak : Mun.. Ko sebenarnya bukan anak ayah ko... ko adalah anak mak dengan bekas teman lelaki mak dulu..
Kami ada hubungan sulit semasa mak berkhawin dengan ayah ko.. Ayah ko sangka mak mengandung
hasil dari perkhawinan kami... akhirnya selepas mak bersalin teman lelaki mak iaitu ayah sebenar ko
menghilangkan diri..

Maimun : ??????????????????????????????????????????????????


Renung2kan sahabat sekalian... inilahlah realiti yang pernah terjadi dalam masyarakat kita. Bayangkanlah seandainya moral dan sivic bangsa kita hancur dan runtuh akibat pengaruh dari budaya barat.. Maka inilah yang terjadi.. bergelumang dengan dosa hingga ke akhir hayat dan yang paling menyedihkan anak2 menjadi mangsa kesilapan dan kegagalan kita mengawal nafsu dan perasaan. Apakah yang terjadi pada si Maimun selepas mengalami keadaan sebegitu?
Anda boleh membuat kesimpulan , andaian dan kesudahanya sendiri...

0 ulasan: