Jumaat, 10 Julai 2009

Melayu Dan Polemik

Berpolemik sudah menjadi satu tradisi orang melayu sehingga tidak ada satu pendapat pun yang tidak dibahas dengan panjang lebar. Dari perbahasan yang berlaku bukan sahaja suatu pendapat itu tidak diterima kerana beberapa keburukan yang didedahkan oleh pihak yang mengkritik, tetapi pendapat2 semua pengkritik juga dibahas dan kelemahan2 didedahkan. Keputusan atau hasil dari sesuatu polemik bukan sahaja yang asal tidak dapat diterima atau diamalkan, malahan semua pendapat lain juga tidak boleh diterima.
Oleh kerana tidak ada 1 pun yang diterima maka tidak 1 pun yang diturut. Dengan ini keadaan asal dikekalkan walaupun jelas keadaan asal itu tidak sempurna dan perlu ditukar. Apabila dikaji teguran dan polemik itu bukan sahaja tidak memberi apa2 faedah tetapi menambah masalah dan kerumitan dalam mengatasi cabaran khususnya orang melayu.
Dalam sejarah Melayu sudah banyak pendapat yang bernas telah mengalami nasib sebegini. Setiap kali sesuatu pendapat dianjurkan, tenaga dan fikiran bukan ditumpukan kepada perlaksanaanya, tetapi kepada perbahasan yang tidak putus2. Apakah orang Melayu perlu menghabiskan masa dengan intellectual exercise ataupun mereka perlu bertindak untuk mengatasi seribu permasalahan yang mengancam mereka?
Tetamu boleh menerima atau menolak pendapat ini mengikut kehandak diri. Yang penting bukanlah meneliti pendapat yang dikemukan untuk mencari kelemahan yang sudah tentu mudah dikenalkan tetapi menerima apa yang boleh diterima pakai. Jika cuma 1 sahaja dari beberapa pendapat yang dikemukakan disini diterima oleh seseorang, maka penulis sudah mencapai matlamatnya.
Bena adalah satu istilah yang membawa maksud sikap menuggu sehingga ada pihak yang lain mengambil langkah pertama dahulu. Oleh kerana semua pihak menuggu pihak yang lain mengambil langkah yang pertama dahulu maka tiada siapa pun yang mengambil langkah tersebut. Akibatnya semua yang tidak baik akan terus kekal menjadi amalan. Apakah ini yang kita suka lihat? Tepuk dada tanyalah selera...
Sejarah mana2 golongan manusia memang ada zaman gelap dan cerahnya. Sesuatu bangsa tidak akan mundur selamanya dan juga tidak maju selamanya. Empayar Greece, Rom, Parsi, Sri Vijaya, Melaka, British, semuanya mengalami nasib yang sama. Pada suatu ketika maju tetapi akhirnya lemah dan hancur. Kejadian cycle lemah-maju-lemah ini jika dikaji ada kaitan yang tetap dengan sistem nilaian sesuatu bangsa. Apabila kerajinan , ketekunan dan kesungguhan yang baik dijunjung tinggi dan diamalkan, kemajuan akan tercapai. Tetapi apabila nilai2 ini dipandang rendah, atau jika dipandang tiggi sekalipun tetapi tidak diamalkan, maka lambat laun bangsa itu akan menjadi lemah.
Orang Melayu pada masa ini menghargai nilai yang tinggi itu tetapi masing2 mengharapkan orang lain diantara mereka yang mengamalkan nilai itu. Kerajinan umpamanya, dianggap sebagai sikap yang baik. Tetapi sekarang bukan saja masyarakat Melayu yang memperakui kerajinan itu baik, tetapi ramai yang memperolok2kan orang yang rajin belajar, nekerja dan mencari kejayaan. Sehinggakan lama-kelamaan timbul pula perasaan iri hati dan tidak boleh melihat orang lain membuat sesuatu yang baik untuk diri mereka mahupun untuk masyarakat dan negara.
Tuhan tidak akan mengubah nasib bangsa mereka melainkan bangsa mereka sendiri mencuba memperbaikinya. Oleh itu untuk memperbaiki kelemahan2 yang ada, yang penting bukanlah menunjuk kehandalan berpolemik dan berdebat tetapi ianya harus diterjemahkan melalui mempraktik, dan menerima sesuatu pendapat yang bernas untuk diamalkan. Pepatah berkata " Those who can , do; those who can`t , teach; yang bermaksud " mereka yang tahu akan melakukan tretapi mereka yang tidak akan mengajar ( mengkritik ).
Siapakah yang boleh meramalkan nasib Melayu 1000 tahun yang mendatang? adakah sejarah orang Melayu akan tertutup dalam kamus dunia sebelum masanya itu? Bukan cucu cicit kita yang menentukan tetapi sebaliknya kitalah jawabanya....... fikir2kan dan renung2kan wahai bangsaku!!!

0 ulasan: