Ahad, 12 Julai 2009

Ideologi : Maka wujudlah inflasi - PART ll

Sesetengah dari masyarakat masih tidak faham apa itu inflasi.. istilah yang sering diguna oleh mana2 kerajaan yang bukan selain menggunakan sistem sosialis untuk menyedarkan masyarakat tentang kesan yang berlaku apabila keadaan ekonomi negara tidak seimbang yang mana boleh melumpuhkan pergerakan ekonomi dan akhirnya mendatangkan kesusahan kepada masyarakat dan degara. Krisis ataupun masaalah ini memang ditakuti oleh setiap pemerintah atau kerajaan kerana ianya akan mendatangkan kemarahan masyarakat apabila ini berlaku. Ini kerana hanya pengurusan dan pentadbiran ekonomi serta kewangan yang tidak cekap dan tidak bijak akan wujudnya inflasi yang tinggi kepada sistem kewangan negara.

Kesinabungan dari part l akan mengaitkan kesan2 dari ideologi yang tidak releven menjurus kepada kadar infasi yang tinggi. Mereka yang berkepentingan suka menunjukkan kepada kemiskinan dan bukan kepada kekayaan. Yang tidak ditekankan kepada masyarakat umum ialah golongan kaya dikenakan cukai yang tinggi untuk membiayai sara hidup ornag miskin. Jika real income iaitu selepas cukai dibayar dibandingkan , perbezaan pendapatan antara 2 golongan ini tidaklah begitu ketara. Tanpa yang kaya si miskin tidak dapat akan menjadi lebih miskin kerana tenaga kerja dan hasil mereka tidak akan dapat pasaran yang tinggi.

Untuk memahami dengan jelas bagaimana yang kaya diperalatkan oleh masyarakat untuk membiayai si miskin , kita boleh membuat analisa seperti contoh seorang itu mempunyai pendapatan tahunan RM 500 000 pada 1 tahun. Cukai pendapatan yang dikenakan meningkat 50% ke atas sebahagian besar dari pendapatan itu. Perkiraan kasar cukai pendapatan yang mesti dibayar olehnya ialah RM 200 000. Dari baki sebanyak RM 300 000 , ia mungkin membayar gaji pekerja peribadi seperti pemandu , tukang masak, tukang kebun , pengasuh anak , guru berbayar untuk anak2 dan lain2 lagi. Ini mermakna bahawa pendapatan orang kaya itu mewujudkan peluang2 pekerjaan kepada orang yang mungkin menganggur jika tidak dapat peluang ini.

Dari baki yang selebihnya pula , ia perlu pula memenuhi kehendak yang besar dan setaraf dengan kedudukanya seperti membeli barang-barang mewah dan berjenama terkenal pada tiap2 bulan. Hampir semua barang2 ini dikenakan cukai. Dan cukai yang tinggi semestinya untuk barang2 mewah yang menjadi minat golongan2 seperti ini. Pembelian tersebut mermakna kerajaan mendapat pendapatan dari sektor percukaian, keuntung akan dimiliki oleh pekedai yang mana keuntungan peniaga juga dikenakan lagi cukai , peluang kerja akan wujud untuk beberapa orang , dan peluang kerja yang lain wujud pula sebelum peniaga menerima barang2 niaga dari pembekal seperti pemborong , perusahan pembuatan , dan mengimport.

Katakanlah setelah si kaya membeli barangan keperluan tersebut , ia mempunyai baki yang besar juga nilainya. Apakah kesan terhadap baki tersebut kepada masyarakat? Jika ia menyimpan di bank , maka selain dari membolehkan pihak bank menambahkan wang yang boleh diberi pinjaman kepada masyarakat faedah simpanan yang besar ini dikenakan lagi cukai oleh kerajaan. Jika ia melabur dalam perusahaan yang lain, ini mewujudkan pula peluang pekerjaan yang baru dan keuntungan dari pelaburan mereka juga akan dikenakan lagi cukai oleh kerajaan. Jika ia membeli harta atau aset , maka keuntungan dari si penjual aset itu juga akan dikenakan cukai yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka ini tidak mahu pekara lumrah seperti ini berlaku , bolehlah simpan wang yang bertimbun dirumah sahaja tetapi itu tidak baik untuk sifat2 kebendaan yang mempunyai daya gerak sesuatu ekonomi. Maka wang yang begitu akan mati dan samalah seperti tidak berguna walaupun memiliki wang ynag banyak. Dan tiap2 perbelanjaan di buat , cukai dapat dikutip , peluang kerja akan wujud , peniaga mendapat keuntungan , dan masyarakat yang lain dapat mencari nafkah.

Hakikat yang sebenar ialah dalam sebuah negara yang ditadbir secara adil dan mengenakan cukai mengikut taraf kekayaan , mereka yang kaya dipaksa membiayai yang miskin secara langsung dan tidak langsung. Cukai2 inilah menjadi sumber utama selain sumber2 semulajadi untuk kerajaan membantu orang kurang bernasib baik dengan menyedikan jalan2 kampung , sekolah , hospital , dan lain2 khidmat dan kemudahan bagi memastikan masyarakat secara menyeluruhnya dapat hidup dalam keadaan yang aman dan selesa.

Di Malaysia, dari 24 juta rakyat cuma 1 juta sahaja ( 1 ; 24 orang dewasa ) yang membayar bermacam2 cukai termasuk cukai pendapatan. Jumlah cukai yang dibayar mereka RM 5 bilion setahun. Bilangan yang kecil ini disebabkan oleh pengecualian cukai yang diberikan kepada lebih 2.5 juta rakyat yang pendapatan mereka dianggap rendah. Di negara yang mirip kepada sosialisma seperti Britain , semua orang yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap dikenakan cukai. Ini bermakna gaji yang rendah juga diwajibkan membayar cukai. Dengan ini hasil negara sememangnya bertambah, tetapi beban yang ditanggung rakyat yang berpendapatan rendah adalah berat sehingga mereka sering menuntut gaji tambahan. Berbeza dengan amalan bijak dan adil oleh negara kita.

Mungkin ada yang berkata sekiranya mereka kaya mereka juga sanggup membayar cukai yang tinggi. Oleh itu jika semua orang menjadi kaya maka bukan sahaja kutipan cukai akan bertambah tetapi beban kerajaan untuk membantu golongan miskin menjadi ringan. Malangnya, jika semua ornag menjadi kaya maka sebenarnya mereka bukanlah kaya dalam erti kata yang sebenar. Ini disebabkan kenaikan yang keterlaluan nilai pasaran semua tenaga manusia. Kerana pekerja mesti dibayar dengan upah yang tinggi untuk setaraf dengan yang kaya , maka pengeluaran hasilnya mestilah tinggi harganya. Orang yang kaya yang akan membeli barang2 ini terpaksa membayar harga yang begitu tinggi sehingga baki yang tinggal tidak mencukupi untuk membeli barang2 yang lain. Jika orang kaya tidak dapat membeli barang yang banyak dengan sesuka hati maka sebenarnya mereka bukanlah kaya. Dan pekerja yang berpendapatan tinggi juga tidak dapat membeli barang2 yang banyak kerana harga yang terlalu tinggi. Jika tidak sesiapa pun dapat berbelanja sesuka hati mereka, kekayaan tidak mempunyai makna. Keadaan yang wujud samalah seperti keadaan dalam insflasi di mana pendapatan bertambah tetapi keupayaan dan kuasa membeli merosot kerana harga yang tinggi. Mereka tidak menjadi kaya sebaliknya mereka telah miskin!

Tuntutan kepada kekayaan yang sama bagi semua manusia seperti dibuat oleh golongan sosialis dan komunis berasakan kepada khayalan yang didorong oleh nafsu yang tamak dan perasaan hasad dengki.Hasil percubaan ini sebenarnya bukanlah kekayaan yang sama tetapi kemiskinan yang sama rata. Hakikat ini dapat di lihat di negar2 komunis dan sosialis di mana semua golongan termasuk pekerja mereka adalah miskin dan merana. Yang kaya adalah mereka yang memperjuangkan ideologi tersebut dan mendapat tempat sebagai pemimpin dan perintah. Hanya mereka sahaj yang kaya realitinya.

Pendapat yang kedua ialah kekayaan orang yang kaya tidak perlu dirampas sekali gus tetapi cukuplah sekadar dikenakan cukai yang tinggi. Ini tidak menjejaskan usahanya mencari kekayaan. Namun sekiranya cukai yang terlalu tinggi usaha mencari kekayaan aklan terhenti dan ini membuatkan golongan2 kaya berhijrah ke negara2 lain untuk mencari kekayaan yang tidak menindas hasil pendapatan dan kecerdikan mereka.

Demikianlah kesan materiallisma yang tidak terhad dalam masyarakat manusia. Seluruh anggota masyarakat akan diserang dan dipengaruhi sepanjang masa oleh perasaan benci , dengki dan irihati dan ketenangan jiwa serta keamanan masyarakat tidak akan tercapai selamanya. Jika ada sesutu usaha membakar hati anggota masyarakat untuk menentang pihak yang kononyan menyebabkan kemiskinan mereka, maka dengan mudahnya mereka akan bangun memberontak. Dan inilah yang ingin dilihat oleh mereka yang sering melaungkan cogan kata " yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya". Mereka yang melaungkan slogan ini sebenarnya bukanlah berniat memperbaiki kedudukan si miskin tetapi semata2 ingin memperalatkan si miskin dari segi politik mahupun agenda tersendiri kerana mereka tahu pada hakikatnya apa yang cuba diperjuangkan mereka itu tidak releven dengan kitaran kehidupan dan sosioekonomi masyarakat. Jika mereka berjaya dalam perjuangan yang mereka laungkan, hasilnya yang sebenar bukanlah ketenteraman dan kesejahteraan manusia, tetapi seperti yang di jelaskan tadi iaitu masyarakat materialis jenis sosialis atau komunis yang penuh dengan kemiskinan dan pengabdian.

EDITOR - Marilah kita sama2 bersyukur kerana kita dikurniakan pemimpin2 Melayu yang bijak menolak buah caturnya ke petak yang betul bagi mewujudkan keseimbangan dalam soal kaya-miskin , keseimbangan pengaliran dan pengeluaran wang dan hasil negara yang membuatkan rakyat yang miskin di negara ini tidaklah seteruk dan sedaif orang2 miskin di negar2 luar. Setidak2nya dengan dasar2 yang bernas lagi berkesan yang digubal oleh cerdik pandai negara kita , ornag miskin masih boleh memastikan anak2 mereka dapat duduk sebaris dengan anak2 ornag kaya di menara gading! Itu sahaja sudah cukup untuk menggambarkan kepada kita di negara ini bahawa jurang antara si miskin dan si kaya tidaklah menjadi sesuatu yang mengerikan dan mereka mampu mendapat mewujudkan perasaan saling memerlukan antara satu sama lain... bukannya persepsi negatif antara kedua2nya yang boleh mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara apabila mereka bergerak tidak seiring!!!

0 ulasan: