Sabtu, 29 Ogos 2009

Santai Lawak ; Confirm tak dapat!

Suatu hari seorang pemuda datang untuk temuduga jawatan warden penjara.

Pegawai : Awak ada pengalaman ke?

Pemuda : Tak ada.

Pegawai : Awak mesti rasa dahsyat kalau dapat kerja ini kat sini.

Pemuda : Kenapa tuan?

Pegawai : Banduan di sini ganas2 semuanya. Boleh ke awak Handle?

Pemuda : Ooohh.. tak ada masalah tuan. Kalau dia orang menyusahkan saya, saya
keluakan mereka dari jel!!

Jumaat, 28 Ogos 2009

Hilang Kata, Hilang Bahasa..

Apabila menyebut Singapura, berapa ramai di kalangan kita yang menyebut Singapura dan bukanya Singapore? Dalam perbualan hampir pasti org menyebut Singapore dan bukanya Singapura ketika merujuk kepada pulau itu. Asal namanya memang Singapura tetapi orang Inggeris yang menukarnya kepada Singapore.

Begitu juga Pulau Pinang, berapa ramai di kalangan kita menyebut Pulau Pinang dan berapa ramai pula menyebut Penang? Sungguhpun begitu, dalam penulisan Singapura dan Pulau Pinang tetap diguna menyebabkan nama2 asal pulau itu kekal.

Tetapi banyak perkataan Bahasa Melayu yang semakin pupus dan ditukar kepada perkataan barat yang sudah di Melayukan. Tidak salah tapi bayangkanlah akhirnya perkataan2 Melayu yang asal itu akan pupus sekali gus keindahan kata bahasa itu.

Adalah boleh diterima bahawa jika dalam bahasa Melayu tiada sesuatu istilah untuk merujuk sesuatu pekara, maka wajar mengambil atau meminjam perkataan Inggeris yang di Melayukan. Tetapi apa yang berlaku ialah, perkataan Inggeris diambil sedangkan terdapat istilah Melayu yang bukan sahaja cukup mantap tetapi juga indah.

Contoh menarik ialah nama 3 penyakit ini, iaitu barah, kencing manis dan angin ahmar. Istilah ini sudah cukup2 mantap. Ia juga menunjukan bahawa penyakit itu sudah lama diketahui orang Melayu. Selain itu namanya lebih serasi dengan pemahaman tentang penyakit itu. Tetapi kini ia telah diganti dengan kanser, diabetes dan strok. Istilah kaku bagi lidah Melayu. Tamadun Melayu adlah panjang dan mempunyai keunggulan tersendiri yang tercermin dari perkataan2 dan bahasa yang dimiliki.

Apabila perkataan2 Melayu ini sedikit demi sedikit ditinggalkan, maka ia menjadi pupus. Dan akhirnya Bahasa Melayu yang berjati diri akan lenyap dan di atasnya lahirlah bahasa yang sudah jauh dari asalnya. Orang Melayu masa akan datang tidak akan berasa kehebatan dan keindahan bahasanya kerana didapati perkataan2 yang ada kebanyakanya merupakan saduran dari Inggeris.

Sebagai contoh tentang ilmu kelautan. Orang Melayu jauh lebih lama berkecimpung dalam dunia samudera. Kapal2 orang Melayu sudah meredah Lautan Hindi dan lautan Pasifik yang dikenali sebagai Lautan Teduh lama sebelum Orang Inggeris pandai belayar.Maka tidak hairanlah Pulau Madagascar di Afrika didiami oleh rumpun Bangsa Melayu.Bukan saja orang Melayu mendiami pulau2 di Nusantara tetapi teknologi laut Orang Melayu dulu sudah mencapai tahap yang membanggakan. Maka tidak hairanlah jika Bahasa Melayu kaya dengan istilah2 yang berkaitan dengan laut.

Nakhoda dan juragan juga adalah perkataan asla Bahasa Melayu. Namun begitu perkataan2 ini semakin hari semakin pupus kerana orang Melayu sudah merosot dalam dunia kelautan. Maka tidak hairanlah jika dulu Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ) kelihatan dibanggakan tetapi kini kenderaan2 mereka memaparkan perkatan Navy. Kenapa perlu digunakan perkataan Navy? Orang juga sudah banyak menggunak perkataan maritim, suatu istilah merujuk kepada laut. Sementara istilah seperti samudera sudah kian dilupakan.

Semangat untuk mempertahankan istilah2 tulen Melayu dicap sebagai language purist atau pejuang ketulenan bahasa.Ia mempunyai tanggapan negatif dengan gambaran seolah2 pendokong ketulenan bahasa ini menolak istilah2 baru yang diambil dari bahasa Inggeris. Sedangkan semua termaklum bahawa sifat bahasa adalah bebrbentuk mengembang. Perkataan2 diambil daripada pelbagai sumber bahasa. Jadi pendokong ketulenan bahasa ini dipandang serong seolah2 bersifat mundur dan enggan berkembang.

Tetapi itu tidak benar, pendokong ketulenan bahasa tidak bermaksud hendak menyekat kemajuan dan perkembangan bahasa. Perkataan2 baru yang diambil daripada bahasa lain tidak boleh disekat kerana ia sudah menjadi sifat bahasa. Cumanya ia haruslah dilakukan dengan tertip, terperinci, beradab dan memelihara jati diri bahasa sendiri. Jika tidak, jati diri bahasa akan hilang. Apabila pupus kata2, maka pupus jugalah bahasa.

Ia juga mencerminkan mentaliti pengguna bahasa Melayu yang bukan sahaja sudah tidak bersemangat untuk menggunakan bahasa sendiri secara terhormat. Gejala jelas datangnya melalui bahasa rojak. Menggunakan perkataan Singapore dan bukanya Singapura merupakan amalan bahasa rojak. Bukan saja tidak indah tetapi akhirnya berasakan bahawa perkataan Singapura itu menjadi asing!!.

Dahulu sering didengar mengenai ramalan cuaca dari jabatan kajicuaca. Sekarang istilah itu telah dipupuskan dan digantikan dengan meteorologi.Untuk apa? Sedangkan jelas perkataan kajicuaca menggambarkan bidang tersebut. Istilah meteorologi tidak salah untuk digunakan dalam merujuk pada bidang itu. Tetapi mengapa tidak boleh dikekalkan kajicuaca?

Begitu juga dengan kajihayat telah pupus digantikan dengan biologi. Kajidaya telah digantikan dengan mekanik. Apa salahnya dikekalkan? Antara hujahnya ialah untuk menyeragamkan di peringkat antarabangsa. Tidak ada mana2 bahasa yang memaksa bahasa lain untuk menyeragamkan istilah!!

Mungkin tetamu2 tampak sedikit kesedaran setelah membaca hujah2 ini. Dan penulis berharap tetamu2 menyampaikan kesedaran ini kepada yang lain agar kita sama2 sedar agenda yang berlaku sekarang sekiranya tidak dikawal oleh badan2 tertentu yang memperjuangkan bahasa dan bangsa, dan kita sendiri maka mungkin besar 2 generasi dari sekarang bukanlah Melayu yang memiliki jati diri seorang Melayu yang tulen dari bahasa dan penghayatan semangatnya. Sekiranya ada dikalangan tetamu2 yang membaca rencana ( perkataan ARTIKEL yang difahami generasi pada masa ini ) ini adalah seorang yang dipertanggung jawbkan untuk menegur sesiapa yang berkuasa di bumi bertuah ini agar insaf dan hentikan perbuatan yang boleh merosakan identiti sebuah bangsa. Kita masih ada peluang memperbetulkanya kerana kita masih memerintah.... apakah dapat diperjuangkan sekiranya kita telah rebah dan hilang kuasa di negeri sendiri. Siapa yang boleh memberi jaminan ini?


Khamis, 27 Ogos 2009

Zon Masa Berbeza Bagi Generasi Z

Ada masa anak2 bercuti daripada universiti , dan yang telah bekerja , teringin juga si bapa ini hendak bersarapan pagi bersama. Setelah bersiap2 sekitar jam 8 pagi, jenguklah si bapa ini ke dalam bilik anak-anaknya untuk mengajak bersarapan bersama. Apa yang dilihat 3 tubuh anak muda yang sihat sedang tidur lena. Usaha untuk mengejutkanya tidak pernah berjaya. Setiap pagi kalau mereka bercuti jangan harap dapat minum bersama sebab masa itulah waktu tidur mereka.

Hendak berleter pun tak guna, keadaan begini memang sudah lama berlaku lebih2 lagi sejak munculnya komputer dan internet. Anak2 mereka membesar dengan benda2 itu. Mereka generasi yang celik2 saja sudah kenal komputer. Yang sulung ialah generasi X, lahir sekitar tahun 80an. Membesar dengan adanya komputer peribadi. Kecil2 dulu taip atas Wordstar, skrin monokrom dan permainan hanyalah Dig-Dag dan CD Man.

Anak kedua pula ialah generasi Y, lahir sekitar lewat 80an. Dia membesar ketika sudah munculnya internet. Skrin komputer yang digunakanya sudah bewarna, tentunya pakai Microsoft. Permainan yang diminati ialah Sim City, Warcraft, dan kemudianya bola sepak, lumba kereta dan bermacam2 lagi.

Sementara anak yang ketiga pula lahir sekitar awal 90an. Ada yang beranggapan mereka ini ialah golongan generasi Y lewat. Ini kerana generasi Z diletakan pada golongan yang lahir pada alaf baru. Tetapi apa yang pasti mereka ini sudah ada internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi dan Wi-Fi. Mereka ada Playstation dan i-pod.

Jadi antara ketiga2 ini, yang generasi X akan bangun paling awal sekitar 10 pagi. Yang generasi Y bangun sekitar 11 pagi dan yang generasi Z pula bangun sekitar 12 tgh hari ke atas. Jadi kalau hendak makan bersama mereka si bapa ini perlu makan tengah hari dengan mereka. Tapi bagi mereka makan tengahari itu ialah sarapan pagi mereka.

Itulah zon masa baru bagi generasi ini. Jadi apabila si bapa minum petang, mereka makan tengahari. Ketika si bapa makan malam, mereka minum petang. Bila bapa sudah hendak tidur, mereka mereka masih berjaga. Dan masa itulah mereka mahu keluar makan malam. Tidak hairanlah pada zaman ini, kedai2 teh tarik dapat dibuka sampai tengah malam. Begitu juga dengan kedai minum mewah seperti Starbuck dan seangkatan denganya. Ditambah pula rangkaian kedai serbaneka seperti 7-Eleven, serta juga restoran makanan segera seperti McDonald's dan KFC,adalah semuanya untuk menampung keperluan golongan generasi X, Y dan Z yang tidur lewat.

Ini kerana selepas tgh malam mereka lebih rancak duduk depan komputer dan laptop dengan jalur lebar dan Wi-Fi. Ibu bapa pula sudah lebih berkemampuan untuk memberikan mereka kemudahan teknologi maklumat. Apabila masuk kedunia siber, otak bertindak secara berlainan. Mereka mampu berjaga sehingga larut malam. Tetapi tubuh mereka tetap berada dalam struktur pertanian dan pemburuan.Dengan tidur jam 3 4 pagi adalah mustahil bagi mereka untuk bangun jam 6 dan 7 pagi. Pada mulanya si bapa memikirkan ini adalah masalah anak2nya saja. Tetapi apabila bertanya dengan bapa2 lain ternyata mereka juga mengeluh betapa anak2 mereka memang liat untuk bangun pagi.

Tetapi hakikatnya bukan saja di Malaysia, bahkan seluruh dunia mengalami fenomena yang sama. Zon masa bagi generasi2 ini jauh berbeza dengan zon masa bapa2 mereka yang lahir pada tahun 60an. Generasi yang lahir sekitar 60an membesar dengan mesin taip dan melihat transisi kepada komputer 1 per 1. Mereka inilah juga dikenali sebagai golongan penghijrah siber.Mereka tidak membesar dengan komputer tetapi mereka berhijran daripada perkakasan mekanikal kepada digital.Tidak seperti anak2 mereka, goongan X, Y dan Z adalah pemastautin siber. Mungkin si bapa akan teringat akan zaman kecilnya dahulu apabila dapat makan bersama keluarga selepas sembahyang berjemaah. Ketika makan, datanglah nasihat2 dan pengajaran daripada bapa mengenai kehidupan dan pengalaman untuk diturunkan kepada anak2 mereka sebagai tunjuk ajar.

Tetapi kepada generasi X, Y dan Z ini bagaimana bapa2nya hendak mengajar mereka? Ketika memanggil mereka untuk makam bersama pun umpamanya mereka tidak akan dengar. Kecuali Si bapa menghampiri mereka dan tarik alat pendengar yang tersangkut di telinga barulah mereka tersentak dan bertanyakan apakah yang dikehendaki oleh bapanya.

Cara berfikir dan pengenalan mengenai kehidupan sudah tidak diperolehi daripada bapa, semuanya datang dari internet, Wikipedia, facebook, blog dan segalanya yang mencorakkan pemikiran mereka. Para bapa tidak boleh menghalang perubahan mereka. Ini dunia mereka. Apa yang boleh dilakukan oleh si bapa ialah dengan turut serta dalam dunia mereka. Memasuki semua rangkaian yang ada pada anak mereka, cuba berkomunikasi dengan mereka dan membimbing mereka agar agar pekara ini dapat diuruskan dengan baik. Tidaklah memudaratkan kepada anak2 ini.

Tentunya para bapa tidak mahu kehilangan si anak kepada dunia siber dengan terpupusnya jati diri, agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya generasi yang memberikan mereka kecanggihan teknologi maklumat ini adalah datang daripada mereka yang lahir lewat tahun 50an dan awal 60an. Generasi Bill Gates dan Steve Jobs.

Di Malaysia generasi selepas Perang Dunia Kedua dan selepas merdeka yang menyumbang kepada kejayaan negara memasuki era IT. Komputer, Internet, jalur lebar, Wi-Fi, adalah pemberian generasi baby boomers kepada generasi X, Y dan Z.

Jika generasi2 ini hanyut, salahkan diri sendiri....

Rabu, 12 Ogos 2009

Mutiara kata

`start each day with a clear picture of what you want it to look like at the end of the day`


`People don`t care how much you know until they know how much you care`


`People not fail in the business but they stop trying`


`Attitude + ability + activity – excuses = success`


`Drop 2 times but get up 3 times`


`Save first spent later , Serve first sell later.`


`If you fail to plain , you plain to fail`


`Orang yang berhenti tidak akan menang sebaliknya orang yang menang tidak akan berhenti`


`Persahabatan adalah sesuatu yang "mudah pecah" dan memerlukan penjagaan yang rapi`


`Sejarah tidak boleh diubah tetapi sejarah boleh mengubah kita`

Jangan ambil tangan adik..

Ada sepasang suami isteri, seperti pasangan-pasangan lain di kota-kota besar, akan meninggalkan anak-anak untuk diasuh oleh pembantu rumah semasa mereka keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, seorang perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian tanpa adik-beradik lain di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain yang ditanam ibunya di halaman rumah. Satu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar di atas lantai tempat letak motor ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran yang dibuat tidak kelihatan. Dicubanya pula pada motor baru ayahnya.

Ya! Oleh kerana motor ayahnya itu berwarna gelap, ! Apa lagi si kecil itu pun melakarlah semahu-mahunya . Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya,pabila Ayah dan Ibunya pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat motor yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran mencecah 4 angka, Si bapa yang belum sempat masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?!!" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar... Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Bila sahaja si anak mendengar suara ayah dan ibunya yang bising-bising di luar, di terus berlari keluar dari dalam biliknya.

Dengan penuh manja dia berkata, "Ita yang buat ayahhh.. cantik kan?!" katanya sambil menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan penuh kasih seorang anak yang belum memahami apa-apa, dia menarik lembut tangan ayahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar terus merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya lalu dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.di pendekkan cerita..Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas majikannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. "Ita demam..." beritahu pembantu rumahnya satu petang. "Bagi panadol tu..." balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu majikannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 bersiap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang sudah longlai itu dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya agak serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan kuman yang sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan si ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri dilanda taufan tetapi apalah yang dapat dikatakan lagi. Si ibu mula meraung sambil merangkul si anak. Dengan berat hati sambil diiringi linangan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang disuntik habis, si anak mula menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-dua tangannya kini berbalut kain putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian terus ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah tetap bersuara dalam linangan air mata, "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Tidak seorang pun yang melihat suasana ketika itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ayah ambil..? Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng motor ayah lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ayah dan si ibu mendengar kata-kata anaknya......selesai!!!

Hubungan kasih sayang seseorang individu mengikut bulan kelahiran

January

-Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan

-Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati

-Sukar setia pada yang satu.

-Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya

-Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.

-Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.

-Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekira pasangannya cemburu terhadapnya.

-Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.

-Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkandalam bulan 3, 6,8,11.

-Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.


February

-Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.

-Amat hormat kepada pasangan.

-Amat suka memikat pasangan.

-Jujur dan ber! terus terang dalam perhubungan.

-Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya

-Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)

-Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.

-Kurang beremosi terhadap pasangannya.

-Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

-Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12


March

-Mudah menawan hati pasangannya.

-Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.

-Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati

-Sangat baik dalam menjaga perhubungan

-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.

-Persaan cemburu yang minima.

-Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.

-Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.

-Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

-Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.

-Berprasangka terhadap pasangan.

-Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.

-Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.


April

-Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.

-Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.

-Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.

-Sentiasa ingin diberi perhatian.

-Amat cemburu dalam perhubungan.

-Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.

-Emosi cepat terusik dan mudah terluka.

-Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.

-Romantik dan terlalu romantik

-Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.

-Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

-Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta' seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.

-Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2

-Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.(Patutle Org Hindustan giler babi jiwang).


May

-Amat mudah jatuh cinta.

-Baik dan jujur dalam perhubungan.

-Pandai menarik hati pasangan.

-Perasaan cinta yang mendalam.

-Mudah untuk dipujuk.

-Kurang suka untuk sentiasa bersama.

-Mudah menerima cinta seseorang.

-Pilihan yang tepat dalam berpasangan.

-Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.

-Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)

-Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.

-Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.

-Ambil berat dalam menjaga hubungan.

-Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11.


June

-Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.

-Sukar melukai dan memahami hati pasangan.

-Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.

-Cerewet dalam hubungan.

-Selalu beremosi.

-Mudah merajuk dan mudah di pujuk.

-Cepat rasa bosan dalam percintaan.

-Kurang yakin dalam perhubungan.

-Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.

-Elok untuk menjadi Ibu yang baik.

-Dahagakan pujian dari! pasangan.

-Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.


July

-Amat suka didampingi pasangan.

-Sukar dimengerti oleh pasangan.

-Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.

-Amat mudah dipujuk dan berterus terang.

-Amat menghargai kesetiaan pasangan.

-Mengambil berat dan mengasihi pasangan

-Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,

-Mudah terluka dan lambat untuk pulih.

-Suka merajuk dan dipujuk.

-Setia terhadap pasangan.

-Suka mendengar dan tidak suka membantah.

-Cemburu terhadap pasangan.

-Suka menilai dan menjaga perhubungan.

-Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7


August

-Tidak serius dalam perhubungan

-Mengambil mudah dalam perhubungan

-Kesetiaan di ragui.

-Pandai memujuk pasangan

-Suka memimpin pasangan.

-Romantik, Pengasih dan Penyayang.

-Kelam kabut dalam perhubungan.

-Sering bertukar pasangan

-Sukar mencari pilihan yang tepat

-Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.

-Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.

-Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12

-Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.


September

-Bersopan dalam hubungan

-bertolak ansur terhadap pasangan

-Suka mengkritik pasangan

-Sangat prihatin terhadap pasangan

-Sangat sensitif dan emosi

-Pandai memahami pasangan

-Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan

-Amat memilih pasangan

-Sukar melupakan sekiranya hati terluka.

-Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.

-Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11


October

-Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.

-Suka disayangi dan menyayangi pasangan.

-Sopan terhadap pasangan.

-Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.

-Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.

-Sukar menerima pandangan pasangan.

-Emosi yang mudah terusik.

-Pengasih, Penyayang terhadap pasangan

-Cemburu dan terlalu cemburu.

-Romantik

-Memahami pasangan.

-Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.

-Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.


November

-Banyak helah dalam menghadapi pasangan.

-Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.

-Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.

-Degil dan engkar dengan pasangan.

-Tidak suka dikongkong oleh pasangan.

-Mudah ambil berat terhadap pasangan.

-Tidak menghargai perhubungan.

-sambil lewa dalam perhubungan.

-Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.

-Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

-Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.

-Kurang bersama dengan pasangan.

-Pasangan Ideal: 4, 7


December

-Pemurah terhadap perhubungan

-Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.

-Tergesa-gesa dalam perhubungan

-Suka didampingi oleh pasangan.

-Benci dikongkong.

-Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)

-Suka mempengaruhi pasangan

-Curang dalam percintaan.

-Kurang berkerjasama dengan pasangan.

-Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru

-Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.

-Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

Santai lawak - Short story

Cerita 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.


Cerita 2

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."


Cerita 3

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Cerita 4

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."

Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.


Cerita 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."

"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...

Santai lawak - Pak Pandir

Lawak Pak Pandir



Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..



Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?



Penjual : Ada.



Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

_____________________________________

Lawak Pak Pandir

Pak Pandir pergi ke kedai. Dia ternampak benda berkilat...
Dia pun bertanya kepada penjual...

Pak Pandir : Apa benda yang berkilat tu

Penjual : Oh! Itu tarmos

Pak Pandir : Apa kegunaannya? ?

Penjual : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk

Pak Pandir : Baiklah, saya beli satu....

Keesokkan harinya, Pak Pandir pun pergi ke kerja dengan tarmosnya...

Pengurus : Apa benda tu Pak Pandir?

Pak Pandir : Oh ini tarmos saya. Baru saya beli semalam...

Pengurus : Benda tu untuk apa?

Pak Pandir : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk.

Pengurus : Oh.... jadi apa di dalamnya?

Pak Pandir : Saya tuangkan 2 cawan kopi dan 1 cawan air bandung di dalamnya.

Contohi Sejarah Islam

Satu perkara penting menjayakan serta meneguhkan kepemimpinan termasuklah wawasan yang terancang. Dalam hubungan ini, wawasan masa depan tidak boleh sama sekali dipisahkan daripada apa yang sudah berlaku dalam sejarah dan yang sedang berlaku kini.

Bagi umat Islam, masa depan yang dimaksudkan bukan saja membabitkan kehidupan di dunia bahkan akhirat. Berbicara mengenai sejarah, barangkali ada antara kita menganggap sejarah tidak begitu penting untuk diketahui dan ditelusuri, apatah lagi dihayati pengajarannya.

Lebih malang lagi jika sikap itu wujud pada pemimpin kerana ternyata apabila mendepani kemelut yang pernah berlaku dalam sejarah, mereka mengatasinya tanpa cuba mempelajari sesuatu daripada tindakan generasi sebelum menyelesaikannya.

Sejarah dan sifatnya yang berulang pernah diungkap dengan indahnya oleh Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam seloka ciptaannya, "Sifat sejarah menurut orang, ibarat pentas bermain wayang, cerita lampau dihurai dalang, pabila tamat segera diulang."

Menurut beliau lagi, Muslimin tidak mungkin dapat mengulangi kegemilangan yang pernah dicapai pada zaman silam jika mereka lupa sejarah, peranan, nilai yang dianuti dan ilmu dimiliki selain kehilangan makna diri, keperibadian serta perwatakan sebenar mereka. (Risalah untuk Kaum Muslimin, ISTAC, 2001)

Berbalik pada wawasan yang terancang, Muhammad Baqir Najm-I Thani dalam karyanya Mau`izah-i Jahangiri yang menyentuh mengenai pemikiran siasah dan adab di India sewaktu pemerintahan Maharaja Mughal, Jahangir, memetik kata-kata cendekiawan.

Kata cendekiawan antara unsur keteguhan sesebuah negara dan kestabilan kuasa seseorang pemerintah termasuklah pertama, langkah berjaga-jaga sepenuhnya supaya pemerintah berupaya menjangka atau menggambarkan keadaan masa depan berdasarkan cerminan apa yang wujud sekarang dan kedua, keazaman yang teguh supaya kelemahan tidak sama sekali menggugat tekad serta kesungguhannya. Rasulullah SAW dirakam oleh catatan sirah Baginda, jelas memperlihat kewibawaannya sebagai pemimpin berwawasan, terancang dan berpandangan jauh sehingga melewati zamannya. Lihat saja ucapan pertama Baginda kepada kaumnya yang ringkas tetapi amat berkesan lagi berpengaruh. Antaranya Baginda menawarkan sesuatu kepada mereka yang tidak pernah ditawarkan kepada bangsa Arab sebelumnya dan menjanjikan masa depan yang gemilang. Saidina Ali yang ketika itu masih kecil, turut menjadi saksi dan meriwayatkan seruan Baginda dengan menegaskan, "Tidak ku ketahui bahawa ada orang lain daripada kalangan bangsa Arab selainku yang menemui kaumnya dengan membawa risalah lebih mulia daripada apa yang kubawa. Aku membawa (risalah) yang terbaik bagi dunia ini dan kehidupan selepasnya (akhirat)…"

Di kalangan pemerintah Bani Umayyah misalnya, Khalifah Umar ibn Abd al-Aziz (Umar II, 717-720 Masihi) adalah contoh terbaik seorang pemimpin yang menjadikan sejarah sebagai panduan dan wawasan jauh lagi terancang sebagai dasar pemerintahannya. Sehubungan itu, beliau berusaha sedaya upaya menegakkan dasar pemerintahan Islam seperti dilaksanakan Rasulullah SAW dan Khulafa' al-Rashidin, khususnya datuknya, Umar ibn al-Khattab. Antara usaha penting dilaksanakan dari sudut dakwah, beliau mengambil langkah berhikmah untuk memujuk golongan bukan Islam menerima agama Islam. Justeru, beliau mengutus arahan kepada semua gabenor yang antara lain, menekankan hasrat untuk membina sebuah masyarakat baru berlandaskan keimanan dan tidak berlandaskan bangsa atau keturunan. Kedua, mewujudkan persamaan hak dan tanggungjawab bagi setiap individu beragama Islam, sama ada berketurunan Arab mahupun bukan Arab terhadap agama serta negara. Ketiga, memansuhkan jizyah (cukai) yang dikenakan atas orang bukan Arab beragama Islam yang diamalkan sejak zaman al-Hajjaj.

Seperti ditetapkan agama Islam, jizyah hanya dikenakan atas orang bukan Islam saja dan apabila seseorang memeluk agama Islam, ia sekali gus dikecualikan daripada tanggungjawab membayar jizyah. Keempat, cukai lain seperti cukai tanah, cukai perniagaan dan zakat dikenakan atas orang bukan Arab yang beragama Islam, sama seperti orang Arab beragama Islam, berdasarkan hak serta tanggungjawab. Di penghujung surat arahannya itu, beliau menegaskan bahawa sesiapa saja yang beragama Kristian, Yahudi atau Majusi yang menyertai orang Islam dengan mendiami tempat kediaman mereka serta meninggalkan rumah kerana seruan Islam, berpeluang menikmati semua keistimewaan dan memikul tanggungjawab sama seperti umat Islam. Malah, beliau juga menegaskan kewajipan umat Islam untuk berbuat baik kepada individu yang menerima seruan Islam itu dan menganggapnya sebahagian daripada mereka. Tindakan Umar menghapuskan jizyah atas kaum Muslimin bukan Arab ditentang beberapa orang gabenor, termasuk gabenor Mesir yang berpandangan bahawa tindakan itu boleh memberikan kesan buruk kepada kedudukan kewangan negara kerana apabila banyak orang memeluk Islam, maka bilangan yang membayar jizyah akan bertambah kecil.

Jawapan tegas yang diberikan Khalifah Umar kepada gabenor berkenaan ialah, "Hapuskan jizyah daripada orang Islam, sesungguhnya Allah mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa petunjuk dan bukan sebagai pemungut cukai." Dengan wawasannya yang jauh lagi bijaksana, Khalifah Umar melaksanakan pula dasar baru bagi menjana pendapatan negara termasuklah melalui cukai tanah (kharaj), iaitu tanah yang diperoleh melalui penaklukan dan ia menjadi hak milik bersama umat Islam. Hasil tanaman bagi tanah itu dikenakan cukai oleh kerajaan dan tanah kharaj tidak boleh dijual beli atau diagih-agihkan kepada sesiapa pun, sama ada sebagai hadiah atau pemberian. Kedua, membezakan antara jizyah dengan kharaj. Berbeza dengan zaman pemerintahan Abdul Malik dan al-Walid, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar, jizyah hanya dikenakan atas orang bukan Islam saja manakala kharaj dikenakan atas sesiapa saja yang memiliki tanah, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Zakat pula hanya dikenakan atas umat Islam saja. Ketiga, memansuhkan segala jenis perayaan, upacara rasmi kerajaan, hadiah kepada tetamu dan perbelanjaan lain yang menyebabkan pembaziran. Dengan sudut ekonomi baru inilah Khalifah Umar berjaya membawa kemakmuran kepada negara sehingga masyhur diperkatakan, pada zaman pemerintahan beliau tiada seorang pun yang layak menerima zakat disebabkan keselesaan hidup dinikmati rakyatnya.

Dari aspek siasah, Khalifah Umar menunjukkan sikap berbaik dengan musuh kerajaan Bani Umayyah, bukan saja dari luar tetapi juga dalam, iaitu di kalangan orang Arab sendiri, termasuk kaum Khawarij. Khalifah Umar mengambil pendekatan berbeza dengan pemerintah sebelumnya apabila cuba mengadakan perbincangan dan perbahasan dengan kumpulan berkenaan. Hujah dan dalil kuat yang dikemukakan Khalifah Umar berjaya menyedarkan mereka dan beliau dapat menamatkan penentangan iaitu satu-satunya pemberontakan yang dihadapi sepanjang tempoh pemerintahannya selama kira-kira dua setengah tahun. Sesungguhnya peristiwa sejarah bukan sekadar rakaman peristiwa yang berlaku pada zaman silam tetapi ia mempunyai makna tersirat dengan mendalam di sebalik yang tersurat. Terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya, sama ada untuk mencari panduan menyelesaikan permasalahan, kemelut dan pertikaian atau mencipta kegemilangan serta kemajuan mengambil pengajaran daripada keruntuhan serta kemunduran yang pernah menimpa bangsa silam.

CONTOHI SEJARAH ISLAM

Cara menentukan arah Kiblat Islam

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari dan bintang selain dari menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu kita pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berada dalam situasi yang terdesak seperti di tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat ?


Kaedah (1)
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.


Kaedah (2)
Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah (3)
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.


Kaedah (4)
Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku 2 kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari. Sekali apabila matahari bergerak ke titik utara iaitu pada 28 Mei.

Orang dulu berkata..

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat.Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai

bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati

bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka

bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita

leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

leher di tengah - tercapai cita-cita

biji mata kanan - suka serong dan pembohong

biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati

hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas

hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki

betis kanan - suka berhibur, boros

betis kiri - rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

lutut kiri - kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita

kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan

kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun

kening kanan - cerdas dan cekap

kening kiri - cerdas, sopan santun

tengah kening - keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah

hujung mulut kiri - suka berpoya-poya

ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia

ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)

pergelangan kaki kiri - kehendak kuat

batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

pada hidung - banyak rezeki

dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama

di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2

tumit kanan - jujur dan banyak kawan

tumit kiri -baik budi


alis kanan suka - menolong, baik hati

alis kiri - ramai yang suka

pangkal peha kanan - kemahuan kuat

pangkal peha kiri - suka kerja apa pun

telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh

jari kaki kanan - suka menolong

jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab

lengan kanan - setia dan taat pada atasan

lengan kiri - menepati janji dan rajin

pipi kanan - ramai teman

tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka

tengah-tengah pipi kiri - ramai teman

ubun-ubun - kurang jujur

pusat - cerdas, tangkas, tekun

pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup

pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan

pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup

pinggang kiri - disayang pasangan hidup

dada kanan - dapat mengatasi masalah

dada kiri - berani, jujur dan sabar

telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh

telapak kaki kiri - baik budi pekertinya

siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan

siku tangan kiri - baik hati, suka menolong

jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan

jari tangan kiri - serba baik bekerja

jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros

jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat

perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf

perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri

sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan

sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta

pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya

pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya

kelopak mata kiri atas- baik budi, ramai yg suka

kelopak mata kanan bawah - agak malas

kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana


Jd pakat2lah tilik korg punye tahi lalat ye!!!!!

Cara makan dan tingkah-laku

Bagaimana Cara Makan, Begitulah Cintanya.

"Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya."
Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu.Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia.
Apa kata kita selidik.


Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.


Makan dengan tenang

Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya!

Cewah! Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan

Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga- jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak


Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak! Makan sambil kerap tengok jam Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut


Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu. Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

Santai lawak - biri-biri putih dan hitam

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje…
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa…yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah…sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.Pemuda : Ooo, gitu ke…abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama….

Santai lawak - Pelancong dan orang kampung..

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”
Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, mel! intaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..
“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”
“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…
“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti anda seorang sarjana ya! ?” tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”

Selasa, 11 Ogos 2009

Asal - usul Yahudi

Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi
Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki
atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara

ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah

kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan

Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan

membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita

tentang asal usul kaum Yahudi. Asal-usul kaum yang laknat.

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew,

Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi

sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah

berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun

bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic

yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300

sebelum Masihi.Bani Israel pula adalah merupakan satu

rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam

sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan

manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan

BaniIsrael. Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari

berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang

tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti

manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900

tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom

yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi

sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948.

Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu

undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang

yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran

yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah

mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka

dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali

sebagai Judaisme. Orang-orang Yahudi mengabadikan diri

mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh

terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu

pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang

mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun.

Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak

sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa

Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-

tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya

sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara.

Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain. Yahudi

tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun

132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem.

Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu

akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang

Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu

taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan

agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di

atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam

zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang

ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi

yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman

Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi

memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan

oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad.

Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England

ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England.

Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV

Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black

Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang

Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol

menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka

dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam

tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-

orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu

tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah

ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah

oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang

sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia

dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta

Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun

1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani

Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan

harta mereka dimusnahkan. Selepas tahun 1650, satu era baru

muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak

Protestan.. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan

pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu

Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis

membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu.

Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi

Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian,

Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara

kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah

Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang

berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar

pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi.

Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di

Eropah Barat satu ketika dahulu. Apabila Poland Timur

menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772

hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup

di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka

juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka

tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu.

Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan

serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara

beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom',

iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di

zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan

terbunuhnya Czar Alexander II. Kemudian dalam tahun 1903

dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku

sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600

buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-

hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah

mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus

ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia

akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun

1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang

terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah

pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana

seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara

sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman

sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang

Yahudi'.