Rabu, 12 Ogos 2009

Jangan ambil tangan adik..

Ada sepasang suami isteri, seperti pasangan-pasangan lain di kota-kota besar, akan meninggalkan anak-anak untuk diasuh oleh pembantu rumah semasa mereka keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, seorang perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian tanpa adik-beradik lain di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain yang ditanam ibunya di halaman rumah. Satu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar di atas lantai tempat letak motor ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran yang dibuat tidak kelihatan. Dicubanya pula pada motor baru ayahnya.

Ya! Oleh kerana motor ayahnya itu berwarna gelap, ! Apa lagi si kecil itu pun melakarlah semahu-mahunya . Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya,pabila Ayah dan Ibunya pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat motor yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran mencecah 4 angka, Si bapa yang belum sempat masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?!!" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar... Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Bila sahaja si anak mendengar suara ayah dan ibunya yang bising-bising di luar, di terus berlari keluar dari dalam biliknya.

Dengan penuh manja dia berkata, "Ita yang buat ayahhh.. cantik kan?!" katanya sambil menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan penuh kasih seorang anak yang belum memahami apa-apa, dia menarik lembut tangan ayahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar terus merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya lalu dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.di pendekkan cerita..Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas majikannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. "Ita demam..." beritahu pembantu rumahnya satu petang. "Bagi panadol tu..." balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu majikannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 bersiap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang sudah longlai itu dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya agak serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan kuman yang sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan si ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri dilanda taufan tetapi apalah yang dapat dikatakan lagi. Si ibu mula meraung sambil merangkul si anak. Dengan berat hati sambil diiringi linangan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang disuntik habis, si anak mula menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-dua tangannya kini berbalut kain putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian terus ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah tetap bersuara dalam linangan air mata, "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Tidak seorang pun yang melihat suasana ketika itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ayah ambil..? Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng motor ayah lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ayah dan si ibu mendengar kata-kata anaknya......selesai!!!

0 ulasan: