Khamis, 27 Ogos 2009

Zon Masa Berbeza Bagi Generasi Z

Ada masa anak2 bercuti daripada universiti , dan yang telah bekerja , teringin juga si bapa ini hendak bersarapan pagi bersama. Setelah bersiap2 sekitar jam 8 pagi, jenguklah si bapa ini ke dalam bilik anak-anaknya untuk mengajak bersarapan bersama. Apa yang dilihat 3 tubuh anak muda yang sihat sedang tidur lena. Usaha untuk mengejutkanya tidak pernah berjaya. Setiap pagi kalau mereka bercuti jangan harap dapat minum bersama sebab masa itulah waktu tidur mereka.

Hendak berleter pun tak guna, keadaan begini memang sudah lama berlaku lebih2 lagi sejak munculnya komputer dan internet. Anak2 mereka membesar dengan benda2 itu. Mereka generasi yang celik2 saja sudah kenal komputer. Yang sulung ialah generasi X, lahir sekitar tahun 80an. Membesar dengan adanya komputer peribadi. Kecil2 dulu taip atas Wordstar, skrin monokrom dan permainan hanyalah Dig-Dag dan CD Man.

Anak kedua pula ialah generasi Y, lahir sekitar lewat 80an. Dia membesar ketika sudah munculnya internet. Skrin komputer yang digunakanya sudah bewarna, tentunya pakai Microsoft. Permainan yang diminati ialah Sim City, Warcraft, dan kemudianya bola sepak, lumba kereta dan bermacam2 lagi.

Sementara anak yang ketiga pula lahir sekitar awal 90an. Ada yang beranggapan mereka ini ialah golongan generasi Y lewat. Ini kerana generasi Z diletakan pada golongan yang lahir pada alaf baru. Tetapi apa yang pasti mereka ini sudah ada internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi dan Wi-Fi. Mereka ada Playstation dan i-pod.

Jadi antara ketiga2 ini, yang generasi X akan bangun paling awal sekitar 10 pagi. Yang generasi Y bangun sekitar 11 pagi dan yang generasi Z pula bangun sekitar 12 tgh hari ke atas. Jadi kalau hendak makan bersama mereka si bapa ini perlu makan tengah hari dengan mereka. Tapi bagi mereka makan tengahari itu ialah sarapan pagi mereka.

Itulah zon masa baru bagi generasi ini. Jadi apabila si bapa minum petang, mereka makan tengahari. Ketika si bapa makan malam, mereka minum petang. Bila bapa sudah hendak tidur, mereka mereka masih berjaga. Dan masa itulah mereka mahu keluar makan malam. Tidak hairanlah pada zaman ini, kedai2 teh tarik dapat dibuka sampai tengah malam. Begitu juga dengan kedai minum mewah seperti Starbuck dan seangkatan denganya. Ditambah pula rangkaian kedai serbaneka seperti 7-Eleven, serta juga restoran makanan segera seperti McDonald's dan KFC,adalah semuanya untuk menampung keperluan golongan generasi X, Y dan Z yang tidur lewat.

Ini kerana selepas tgh malam mereka lebih rancak duduk depan komputer dan laptop dengan jalur lebar dan Wi-Fi. Ibu bapa pula sudah lebih berkemampuan untuk memberikan mereka kemudahan teknologi maklumat. Apabila masuk kedunia siber, otak bertindak secara berlainan. Mereka mampu berjaga sehingga larut malam. Tetapi tubuh mereka tetap berada dalam struktur pertanian dan pemburuan.Dengan tidur jam 3 4 pagi adalah mustahil bagi mereka untuk bangun jam 6 dan 7 pagi. Pada mulanya si bapa memikirkan ini adalah masalah anak2nya saja. Tetapi apabila bertanya dengan bapa2 lain ternyata mereka juga mengeluh betapa anak2 mereka memang liat untuk bangun pagi.

Tetapi hakikatnya bukan saja di Malaysia, bahkan seluruh dunia mengalami fenomena yang sama. Zon masa bagi generasi2 ini jauh berbeza dengan zon masa bapa2 mereka yang lahir pada tahun 60an. Generasi yang lahir sekitar 60an membesar dengan mesin taip dan melihat transisi kepada komputer 1 per 1. Mereka inilah juga dikenali sebagai golongan penghijrah siber.Mereka tidak membesar dengan komputer tetapi mereka berhijran daripada perkakasan mekanikal kepada digital.Tidak seperti anak2 mereka, goongan X, Y dan Z adalah pemastautin siber. Mungkin si bapa akan teringat akan zaman kecilnya dahulu apabila dapat makan bersama keluarga selepas sembahyang berjemaah. Ketika makan, datanglah nasihat2 dan pengajaran daripada bapa mengenai kehidupan dan pengalaman untuk diturunkan kepada anak2 mereka sebagai tunjuk ajar.

Tetapi kepada generasi X, Y dan Z ini bagaimana bapa2nya hendak mengajar mereka? Ketika memanggil mereka untuk makam bersama pun umpamanya mereka tidak akan dengar. Kecuali Si bapa menghampiri mereka dan tarik alat pendengar yang tersangkut di telinga barulah mereka tersentak dan bertanyakan apakah yang dikehendaki oleh bapanya.

Cara berfikir dan pengenalan mengenai kehidupan sudah tidak diperolehi daripada bapa, semuanya datang dari internet, Wikipedia, facebook, blog dan segalanya yang mencorakkan pemikiran mereka. Para bapa tidak boleh menghalang perubahan mereka. Ini dunia mereka. Apa yang boleh dilakukan oleh si bapa ialah dengan turut serta dalam dunia mereka. Memasuki semua rangkaian yang ada pada anak mereka, cuba berkomunikasi dengan mereka dan membimbing mereka agar agar pekara ini dapat diuruskan dengan baik. Tidaklah memudaratkan kepada anak2 ini.

Tentunya para bapa tidak mahu kehilangan si anak kepada dunia siber dengan terpupusnya jati diri, agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya generasi yang memberikan mereka kecanggihan teknologi maklumat ini adalah datang daripada mereka yang lahir lewat tahun 50an dan awal 60an. Generasi Bill Gates dan Steve Jobs.

Di Malaysia generasi selepas Perang Dunia Kedua dan selepas merdeka yang menyumbang kepada kejayaan negara memasuki era IT. Komputer, Internet, jalur lebar, Wi-Fi, adalah pemberian generasi baby boomers kepada generasi X, Y dan Z.

Jika generasi2 ini hanyut, salahkan diri sendiri....

0 ulasan: